Tips bergaya ikut warna kulit. Memang ngam!
Bukan makeup sahaja yang nak kena dipadankan dengan warna kulit tapi pakaian pun akan nampak lebih cantik dan meletop kalau dipadankan sesuai dengan warna kulit. Sebab tu lah ada warna baju yang nampak kena je dengan sesetengah orang kan. Okay jom semak tips pakai baju ikut warna kulit.
– Kulit pale / pucat
Biasanya mat salleh yang ramai kulit pucat ni namun jika anda memiliki kulit jenis pale, boleh cuba pakai baju warna gelap yang dipadankan dengan warna terang. Contoh pakaian ialah warna hitam dan jingga. Ia akan nampak menyerlah pada kulit anda.
Warna yang harus dihindari pula ialah warna cerah dan pastel seperti pink pastel dan kuning pastel. Warna neutral seperti grey dan nude juga tidak sesuai buat pemilik warna kulit pale kerana ia akan menjadikan mereka nampak pucat.
– Kulit olive
Tona kulit olive ialah yang berwarna sedikit gelap dan bertona kehijauan. Bagi warna kulit ini, ia dikategorikan sebagai warna tona panas dan sesuai menggayakan pakaian daripada warna yang tidak terlalu gelap dan tidak juga terlalu gelap. Contoh warna ialah magenta dan juga ungu muda. Warna putih juga cukup sesuai bagi pemilik warna kulit olive. Warna yang perlu dielakkan pula ialah kuning dan hijau kerana ia akan menenggelamkan warna kulit pemakai. Warna olive dan coklat juga perlu dijauhi.
– Kulit gelap
Mereka yang berkulit gelap boleh dikategorikan sebagai bertuah kerana sesuai menggayakan pakaian daripada semua warna. Yeay! Jadi si pemilik kulit gelap boleh memakai apa sahaja warna untuk tampil onz!