Tips pakaian buat si gadis yang cepat berpeluh
Ada antara kita yang rasa cepat demotivated kerana senang berpeluh dan rasa malu bila nak bergaya. Takpe girls, di sini kami share tips berpakaian untuk mereka yang cepat berpeluh.
1. Pakai pakaian longgar
Lagi longgar, lagi bagus. Semakin kurang fabrik yang menyentuh tubuh, semakin selesa kamu akan rasa. Percaya atau tidak, flowy maxi dress sebenarnya akan buatkan kamu berasa lebih sejuk daripada memakai seluar pendek dan top ketat.
2. Skip padded bra
Bra dengan pad tiga inci + cuaca panas = major boob sweat.
3. Elakkan fabrik terlalu nipis
Kerana ia hanyalah akan lebih melekat kepada kulit tubuhmu sesaat apabila kamu mula berpeluh. Jadi carikan fabrik nipis yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat kepada kulit.
4. Pilih fabrik natural
Contohnya seperti fabrik kapas yang lebih breathable daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat, dan bermakna ia tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
5. Elakkan perincian sarat seperti manik dan metal
Ia cenderung untuk menarik ke bawah bajumu jadi ia lebih dekat kepada kulitmu dan memerangkap haba badan. Cuba memakai baju berpaten untuk memberi impak unik kepada outfit kamu.
6. Lindungi kulitmu daripada sinaran cahaya matahari
Direct sunlight bukan sahaja merbahaya, malah ia meningkatkan suhu badan. Sleeves are your best friend.
7. Stick to light colours
Rona gelap menyerap cahaya dan membuatkan kamu berasa lebih panas, manakala rona cerah pula akan memantulkan cahaya dan mengekalkan tubuhmu jadi lebih sejuk.
8. Pakai barang kemas secara minimal
Anting-anting terkecuali kerana ia tidak menyentuh kulitmu, tapi aksesori seperti rantai, gelang dan cincin akan buatkan kamu berasa tidak selesa secara serta merta apabila cuaca mulai panas.