Sleeping beauty moden tidur selama 2 minggu
Seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari Colombia bernama Sharik Tovar ini pernah viral sebelum ini dengan gelaran ‘Sleeping Beauty’.
Oh, kenapa Sleeping Beauty ya? Adakah kerana gaya tidurnya yang mirip dengan karakter kartun popular itu? Tidak. Tovar digelar Sleeping Beauty kerana dia boleh tidur secara berterusan selama dua minggu. Wow, dua minggu?
Ya betul. Tovar disahkan menghidap sindrom Kleine-Levin sejak berusia dua tahun yang menyebabkan badannya boleh tidur sehingga begitu lama.
Penyakit Tovar mula dikesan ibu Tovar selepas anaknya itu kerap tertidur dengan begitu lama dan tiba-tiba kelakuannya berubah.
Dia jadi hilang ingatan secara sementara. Sebelum ini, Tovar pernah tertidur sehingga 48 hari lamanya dan sebaik sahaja dia bangun, dia tidak mengingati siapa dirinya.
Tapi, episod tidurnya yang paling Panjang ialah selama 2 bulan! Tovar pernah tertidur selama dua bulan pada tahun 2018 dan ia menyebabkan keluarganya cukup bimbang.
Tahun ini, pada bulan Januari yang lalu, Tovar tertidur selama 22 hari dan ia sangat tidak sihat.
Hal ini kerana Tovar tidak akan makan dalam tempoh tersebut. Akibatnya, ibu Tovar terpaksa memasang tiub pada badan anaknya itu untuk memasukkan makanan setiap beberapa jam.
Ibu Tovar yang memperkenalkan dirinya sebagai Marleny juga berkata dia terpaksa berhenti kerja bagi memberi fokus kepada anaknya itu.
Kisah Tovar yang pelik itu mula-mula tular pada tahun 2017 dan mendapat perhatian umum.
Ramai yang mula mengimpikan mempunyai penyakit sama atas alasan malas bekerja atau malas nak pergi kelas.
Haaaa, nampak je macam seronok tapi bayangkan terpaksa makan menggunakan tiub setiap hari kerana anda tertidur dengan begitu lama. Tentu tak best kan?
Ibu Tovar memberitahu, keadaan tersebut juga merosakkan hubungan anaknya dengan individu sekeliling sebab dia akan tiba-tiba tertidur semasa sedang melepak atau
Kelibatnya juga jarang muncul di mana mana memandangkan kebanyakan waktunya dihabiskan dengan tidur.
Jadi, hargailah hidup uols dan enjoy je.