Penggemar minuman pahit cenderung jadi psychopath?
Ada pendapat mengatakan makanan dan minuman yang kita makan memberi impak kepada karakter kita. Wah, betul ke? Kajian sebuah universiti di Austria mendapati penggemar minuman pahit cenderung menjadi seorang psychopath. Alamak, seramnya!
Min sendiri merupakan penggemar kopi. Adakah min psychopath? Haha okay mari kita teliti lagi kajian ini.
Rasa pahit daripada makanan dikatakan dapat mencetuskan sifat yang negatif dalam diri seseorang individu seperti sadism, narsisis dan juga psychotic.
Kajian ini dijalankan atas 953 orang individu yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Mereka diminta memakan pelbagai jenis makanan dengan pelbagai rasa berbeza seperti pahit, manis dan masin.
Hasil kajian kemudian mendapati mereka yang suka makan atau minum minuman pahit menjadi mempunyai kecenderungan antisosial.
Mereka kemudian di temubual tentang hal-hal berkaitan emosi.
Beberapa orang responden kemudian mengaku gemar menyeksa orang (sadisme) dan juga gemar mengulangi adegan bunuh dalam filem sebagai satu bentuk kepuasan emosi.
Scary kan! Mereka juga ada kecenderungan untuk menjadi psychopath.
Rasa pahit dikatakan terkait dengan sifat negatif atau kelakuan negatif dalam diri seseorang individu.
Ini kerana rasanya lebih kuat dan lebih dominan jika dibandingkan dengan rasa lain.
Data tersebut kemudian membuktikan hubung kait antara rasa dengan kelakuan manusia.
Kesimpulannya, keperibadian anda boleh dibaca melalui apa yang anda makan dan minum.
Namun, ini tidak lah terbukti seratus peratus tepat kerana ada sahaja penggemar minuman kopi yang bukan anti sosial dan memiliki keperibadian yang baik.
Ia bergantung kepada dengan siapa kita berkawan dan bergaul kerana individu sekeliling lebih memberi impak terhadap kelakuan kita.