Badan sihat dan stress free!
Min yakin, mesti ramai dekat sini yang kalau stress je makan coklat, stress je makan coklat. Okay tak salah pun nak makan coklat sebab coklat tu memang rasanya enak. Tapi ia merupakan makanan berkalori tinggi dan tak selamat untuk diambil dengan kerap. Tapi kalau dah hari-hari stress, takkan nak makan coklat hari-hari?
Haa ramai tak tahu sebenarnya banyak lagi makanan lain yang lebih sihat dan juga boleh hilangkan stress.
Sini min kongsikan lima jenis makanan menyihatkan yang juga buat uols stress free :
– Avokado
Avokado kaya dengan lemak omega 3 yang memberikan rasa tenang pada hati kita. Wow, menaik tu. Dan ia juga boleh mengurangkan depression dan rasa anxiety
– Sayur hijau
Ramai yang tak tahu sayuran hijau sebenarnya sangatlah membantu untuk kurangkan stress sebab sayur hijau tinggi magnesium. Kajian menunjukkan orang yang memiliki kadar magnesium yang rendah dalam badan lebih cenderung untuk stress.
– Kekacang
Kekacang kaya dengan nutrisi seperti vitamin B yang terbukti mengurankan anxiety. Kacang pistachio khususnya boleh mempersiapkan badan supaya lebih bersedia menghadapi stress. Wo, so lepas ni boleh lah kerap ambil pistachio.
– Teh herba
Teh herba sememangnya terbukti menjadikan fikiran lebih tenang. Teh hijau misalnya mempunyai kandungan L-theanine iaitu sejenis protein yang membantu otak untuk rileks.
Oatmeal
Oat memang terkenal sebagai antara makanan yang banyak khasiat. Sama seperti kekacang, oat juga kaya dengan vitamin B yang memberikan rasa tenang pada hati
Okay, lepas sudah tahu semua makanan ni, rasanya uols dah boleh beralih kepada alternatif lain yang lebih menyihatkan kalau stress tu. Takdelah asyik menjamah coklat jerrr ye tak?