Tips makeup nampak cantik in real life
Bila pakai makeup ni, memang senang sangat untuk makeup tersebut nampak terlalu makeup. Faham ke idok? Hahaha. Makeup yang tidak diblend atau diaplikasikan dengan betul memang nampak cantik di depan kamera tapiiii kalau tengok depan-depan, erkkk, adakalanya nampak scary! Perasan tak kadang-kadang ada sesetengah orang yang makeup tapi hasilnya nampak pelik dan terlalu cakey?
Di sini SS akan share kan dengan anda semua tips makeup yang betul-betul nampak macam kulit kita atau term yang biasa diguna pakai ialah skin-like makeup or second skin makeup. I woke up like this, gitu.
– Gunakan warna foundation yang betul
Min perasan ramai wanita Malaysia yang suka nampak lebih cerah daripada warna kulit asal dan cenderung memilih foundation dengan tona yang salah. Okay ini adalah kesilapan pertama yang perlu dielak! Sebelum membeli foundation, sapukan foundation tersebut di jawline anda dan perhatikan blendability foundation tersebut dengan kulit anda. Jika ia hilang, maksudnya ia merupakan warna yang tepat buat wajah uols. Jangan beli yang gelap atau yang cerah ya. Dua-dua ni akan buatkan makeup anda tampak tak natural dan seterusnya terhasillah makeup yang pelik dan tak kena. Tak perlu obsess sangat nak nampak putih, okay sebab makeup yang match warna kulit asal itu lebih cantik.
– Jangan gunakan terlalu banyak makeup – building is key!
Setiap kali menyapu apa jua jenis produk makeup, pastikan anda mulakan dengan sedikit dahulu dan ditambah sekiranya perlu. Jangan terus tepek foundation yang banyak pada wajah sehingga nampak seperti topeng. Kuncinya ialah, less is more dan adalah lebih mudah untuk menambah produk pada wajah daripada membuang produk tersebut daripada wajah.
-Blend, blend, blend
Blending is very important. Setiap kali menyapu makeup pada wajah, pastikan anda blend kesemua produk dengan betul. Dapatkan pencahayaan yang cantik dan terang, kemudian blend makeup dalam keadaan tenang. Ambil masa anda, jangan rushing! Tips daripada beberapa orang makeup artis profesional ialah dengan menyapukan makeup menggunakan berus terlebih dahulu dan diratakan lagi sekali dengan menggunakan span lembap. Nampak macam renyah dan banyak step tapi percayalah hasilnya, makeup nampak sangat traceless! Kalau anda rasa anda tak cukup blend, blend je lagi sebab blending betul-betul nampak makeup tu macam meresap dalam kulit dan menghasilkan tekstur yang natural.
– Gunakan eyeshadow berwarna nude
Jangan takut untuk menggunakan eyeshadow untuk makeup harian yang natural kerana eyeshadow sebenarnya memberikan impak dan hasil yang wow pada makeup yang simple. Tapi, pastikan uols guna warna yang betul. Pilihan terbaik ialah eyeshadow berwarna nude dengan tekstur matte. Sapukan sedikit sahaja pada mata dan anda akan nampak perbezaannya.
– Gunakan setting spray
Bagi makeup harian, ramai yang tak mahu menggunakan setting spray sebab rasa ia terlalu ekstra. Okay sebenarnya anda silap sebab setting spray sangat membantu menjadikan makeup tahan lama dan akan membantu mencairkan makeup supaya tampak macam kulit. Haa, molekul dalam setting spray sangat halus tau dan menjadikan ia mudah meresap dalam kulit. Uols boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakan setting spray pada aplikasi solekan.