Muzik Hip-Hop bantu pulihkan tekanan mental – Wah betul ke?
Rasanya ramai yang tahu muzik memang merupakan salah satu bentuk terapi yang paling berkesan. Haa, berapa ramai dekat sini hang kalau stres je dengar muzik? Mesti ramai kan? Sebabnya, terapi muzik ni memang berkesan. Bila kita stress dan dengar lagu yang betul, hari rasa tenang dan lebih mudah untuk dilalui.
Okay tapi dekat sini ada satu fakta menarik yang mungkin tak ramai yang tahu. Selama ni, ramai antara kita yang mempunyai stigma tertentu terhadap muzik hip-hop. Kalau sebut hip-hop je, mesti terbayangkan iramanya yang rancak serta lirik yang dinyanyikan secara rap dengan laju.
Namun, siapa sangka, irama hip-hop sebenarnya mampu memulihkan gangguan mental dan juga tekanan. Wah, menarik kan?
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge, UK rupa-rupanya pernah menjalankan kajian bagaimana muzik hip-hop boleh memulihkan gangguan mental dan mereka teruja apabila melihat kesan positif. Ia dianggap sebagai salah satu bentuk terapi muzik.
Okay rasanya ramai yang tahu apa itu sakit mental kan. Antara masalah mental yang sering kita dengar ialah skizofrenia iaitu masalah seseorang yang kerap berhalusinasi dan terdengar bisikan suara pada diri mereka.
Kajian dijalankan dengan cara membahagikan penderita skizofrenia kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan mendengar muzik hip-hop selama seminggu manakala kumpulan kedua pula tidak mendengar muzik hip-hop.
Hasil kajian kemudian mendapati mereka yang mendengar muzik hip-hop memberi respon yang lebih baik dan memiliki pemahaman yang lebih tinggi dalam proses terapi.
Lirik-liriknya yang berbentuk memberi motivasi juga menjadi kunci utama proses dan keberkesanan terapi melalui muzik hip-hop.
Kebanyakan lagu hip-hop sebenarnya mengetengahkan lirik seperti keadaan sebenar masyarakat, nilai-nilai positif, world peace dan semangat supaya kekal ceria.
Ada juga beberapa lirik lagu hip-hop yang menggambarkan situasi sebenar pesakit mental dan ini menyebabkan mereka rasa lebih dekat dengan muzik hip-hop.
Tapi, ada juga lagu-lagu hip-hop yang menceritakan tentang peperangan, dadah dan juga keganasan. Haa, kalau jenis begini, ia sudah tentu tidak membantu dalam terapi pesakit mental.
Oleh itu, penggunaan lagu hip-hop juga harus betul bagi memastikan matlamatnya tercapai.
Okay, lepas ni, kalau rasa stress sangat tu dan tak pernah explore irama hip-hop, mungkin boleh cuba sekarang! Haa nanti uols boleh rasa dan nilai sendiri keberkesanannya.