Cara simpan barang supaya rumah lebih teratur
Okay girls. Pernah tak anda berdepan dengan situasi anda sedang kalut untuk mencari sesuatu barang namun tak ingat disimpan di mana. Jadi, bermulalah aktiviti memunggah semua benda dan semua compartment dalam rumah hanya untuk mencari satu barang sahaja. Akibatnya? Yaaa, betul sekali. Rumah menjadi berselerak dan anda akan kena kemas semula barang-barang tersebut. Haih, kan dah penat?
Sebenarnya masalah sebegini boleh dielak jika kita pandai menyimpan dan mengatur setiap barang di rumah. Okay jom min kongsikan cara-caranya.
– Asingkan barang mengikut keperluannya
Ini tips paling biasa dan paling asas dalam mengemas rumah. Asingkan kesemua barang-barang anda mengikut kepentingannya dan kekerapan ia digunakan. Contoh, jika anda menggunakan penyapu setiap hari, pastikan ia diletakkan di bahagian paling depan di ruang penyimpanan bagi memudahkan anda menarik ia keluar setiap kali ia hendak digunakan.
– Guna ruang simpanan tertutup
Ruang simpanan yang bertutup sangat membantu bagi mengelakkan barangan daripada terlihat dna nampak bersepah. Ada ketikanya, barang-barang yang senang dilihat ni senang jugak untuk nampak bersepah. Jadi, nak elakkan mudah je. Beli ruang penyimpanan tertutup macam kotak atau bekas plastik dan letak semua barang-barang yang jarang digunakan dan dalam bekas tersebut. Hasilnya, rumah akan nampak kemas dan teratur.
– Manfaatkan ruangan dinding
Dinding merupakan ruangan yang jarang difikirkan sebagai ruang penyimpanan. Tapi, ia sebenarnya boleh menjadi ruang simpan barang yang elok lebih-lebih lagi kalau rumah anda jenis kecil dan tak banyak space. Caranya ialah dengan meletakkan rak gantung atau hanging rack dan simpanlah barang di situ. Hiasan rumah pun nampak lebih cantik dan kemas.
Selepas dah buat semua ini, rumah akan nampak lebih teratur dan lebih mudahlah untuk kita cari barnag-barang tanpa perlu punggah semua benda, betul tak?
Selamat mencuba!