Jenis makanan yang elok dimakan ketika period
Its that time of the month again! Aduhai, memang mengeluh panjang dibuatnya. Min sendiri memang cukup lemau bila memikirkan akan datang bulan atau istilah lainnya, period. Ketika ini, bukan sahaja kita akan mengalami masalah popular iaitu senggugut, bahagian badan yang lain juga akan mengalami rasa tidak selesa seperti belakang badan dan juga kesakitan pada buah dada.
Nafsu makan tak payah cerita lah, rasanya semua wanita mengalami masalah nafsu makan yang membuak-buak semasa period. Rasa nak makan macam-macam seperti coklat dan juga makanan segera. Tapi awas! Bukan semua makanan elok untuk diambil semasa period tau. Tersilap ambil makanan, nanti badan jadi semakin lembik pula.
Di sini kami kongsikan dengan girls out there jenis makanan yang sesuai diambil ketika datang bulan.
– Makanan tinggi zat besi
Okay contoh makanan tinggi zat besi ialah seperti daging merah, hati ayam, sayuran hijau dan juga bijirin. Makanan sebegini elok diambil apabila badan kehilangan banyak darah kerana ia berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang. Jadi, takdelah badan rasa lembik sangat bila period tu.
– Makanan tinggi serat
Makanan berserat tinggi adalah seperti gandum, buah kiwi, lemon dan juga betik. Girls out there, selalu kan rasa kembung atau bloated semasa period? Haaa disinilah serat penting kerana serat akan mencegah masalah bloated dan badan pun rasa lebih selesa.
– Makanan tinggi kalsium
Apa jenis makanan tinggi kalsium? Susu, tofu dan juga sayuran hijau. Fungsi makanan ini ialah untuk mengurangkan rasa ngilu pada badan yang cukup biasa dialami semasa period.
– Makanan berempah
Okay mungkin ramai tidak tahu makanan berempah elok diambil semasa datang bulan. Sama seperti makanan tinggi kalsium, makanan yang mengandungi rempah kunyit dan juga rempah halia boleh mengurangkan rasa ngilu pada badan.
– Snek sihat
Kita memang suka mengunyah lagi-lagi semasa bekerja bagi menghilangkan bosan. Namun, bagi wanita yang sedang dalam period, sebaiknya pilihlah snek yang lebih menyihatkan seperti kekacang, atau yogurt dan elakkan makanan segera atau berminyak kerana ia menjadikan badan lebih lesu.
– Petai
Wow penggemar petai boleh bersorak riang ni hehe sebab petai sebenarnya elok dimakan semasa period. Kenapa? Haa petai sebenarnya mengandungi magnesium, vitamin B6 dan juga kalsium. Zat-zat ini membantu memberi tenaga kepada tubuh dan mengelakkan perut terasa cramp.
– Jering
Ini lagi satu makanan yang mungkin kedengaran agak pelik jika dilabel sebagai selamat dan elok untuk dimakan ketika period. Namun, itulah hakikatnya kerana jering sebenarnya mengandungi zat besi yang membawa elektron dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan tenaga. Jering juga boleh mencegah osteoporosis.
– Ikan
Ikan amat baik diambil ketika period kerana ia mengandungi zat besi, dan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-radang. Anti-radang ini sangatlah membantu mengurangkan sakit perut dan senggugut semasa period. Antara contoh ikan yang elok diambil ialah salmon, sardin dan juga ikan mackarel.