Warna aura serlahkan pesona diri – mitos atau fakta?
Pernah dengar term warna aura? Haa setiap individu dikatakan mempunyai warna aura tersendiri yang akan menyerlahkan pesona diri, aura tarikan diri, meningkatkan keyakinan, menarik jodoh dan juga magnet rezeki. Wow, menariknya!
Selain itu, warna aura juga dikatakan boleh memberi rasa tenang dan menghilangkan stress. Silap hari bulan, masalah gangguan sihir pun mungkin boleh dipulihkan dengan pengamalan warna aura secara berterusan. Okay, dah berminat nak tahu? Agak-agak, apa warna aura kita ya?
Berikut min konngsikan cara pengiraan dan menentukan warna aura diri.
Ambil tarikh lahir anda dan tambahkan jumlah keseluruhan.
Contohnya : 10.07.1990 = 1+0+0+7+1+9+9+1 = 28
Okay, 28 tu ditambahkan pula jumlahnya = 2+8 = 10
Kemudian, tambahkan lagi sekali sehingga menjadi satu nombor sahaja = 1+0 = 1
Jadi, nombor asas ialah 1. Now, mari kita lihat nombor apa mewakili warna asas apa.
Asas 1 dan 6 :
Warna auranya ialah : HIJAU
Asas 2 dan 7 :
Warna auranya ialah : MERAH, JINGGA, PURPLE dan PINK
Asas 3 dan 8 :
Warna auranya ialah : PUTIH, GOLD dan SILVER
Asas 4 dan 9 :
Warna auranya ialah : KUNING, COKLAT dan BEIGE
Asas 5 :
Warna auranya ialah : HITAM dan BIRU
Persoalan seterusnya, bila pulak ya nak pakai atau gayakan warna aura ini?
Haa, warna aura ini boleh digayakan bila-bila pun dan atas apa tujuan pun seperti :
1. Interview kerja
2. Majlis perkahwinan
3. Menghadiri open house
4. Warna logo bagi bisnes / syarikat
5. Application kerja
6. Warna rasmi bagi diri sendiri
Okay, lepas ni kalau ternampak seseorang itu asyik mengenakan baju warna sama, janganlah perli pulak!
“Eh si Salmah tu asyik pakai hijau aje, ingat cantik ke?”
Mungkin dia ada acara penting dalam hidupnya dan sedang mengenakan warna aura diri.