Momen lamaran idaman wanita
Hi girls…. Siapa sini ada impian untuk dilamar secara romantis. Saat sang jejaka melutut melamar uolls menjadi isteri mereka. Mesti korang ada impian macam tu kan ala-ala filem Hollywood kan. Min pun selalu berangan boyfriend (dalam mimpi je lah) bawak min pergi ke tempat-tempat romantik dan melamar min kat sana, ala-ala kat Paris gitu cincin letak dalam kek.
Auchhhhh… sweetnya… Dalam melamar ni sebenarnya untuk perempuan ia tidak semestinya dengan cara yang membosankan atau yang menarik perhatian orang ramai, selagi ia dapat diingati dan bermakna sudah mencukupi.
Untuk korang yang ingin tahu apakah tempat wanita bermimpi untuk dilamar? Berikut adalah senarai yang min akan kongsikan.
Pada majlis makan malam romantis
Makan malam romantis sentiasa sinonim dengan makan malam bertemankan cahaya lilin (candle light dinner). Sudah tentu, terdapat ramai wanita yang mempunyai impian yang untuk di lamar semasa candle light dinner bersama yang tersayang.
Dilamar di pantai
Pantai ini sinonim dengan tempat yang romantis. Pasir putih yang hangat, biru laut dan suasana senja yang penuh sesungguhnya pasti memberi kesan yang tidak dapat dilupakan apabila seorang wanita dilamar oleh kekasihnya.
Kejutan semasa melamar
Kejutan atau suprise biasanya diatur pada hari lahir, atau hari istimewa lain. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku jika anda dilamar semasa majlis kejutan yang disediakan khas oleh kekasihnya? Sudah tentu gembira, kan.
Lamaran semasa bercuti Bersama
Bercuti dengan seseorang yang anda sayangi adalah normal, tetapi jika anda dilamar semasa bercuti pastinya ia akan menjadi momen yang indah. Apatah lagi jika anda melakukan perjalanan ke tempat yang romantis, seperti Paris, pasti akan menjadi momen yang sukar dilupakan.
Dilamar di taman hiburan
Walaupun ia kelihatan seperti kanak-kanak, sebenarnya ramai wanita yang ingin dilamar di taman hiburan. Bagi mereka, lamaran yang dilakukan di taman hiburan sama romantis seperti yang dilamar di pantai. Hmm, berminat untuk mencuba?
So korang ini sebahagian momen yang min rasa ramai girls kat luar sana impikan untuk dilamar oleh sang kekasihkan. Apa-apa pun dalam perhubungan ni kita pastinya kena terima pasangan kita seadanya, lelaki kena lah usaha lebih untuk mewujudkan kebahagiaan pasangan dan pada masa sama girls juga kenalah sama-sama memahami keadaan pasangan korang.
Hopefully guys yang baca artikel ni boleh lah cuba try romantis sikit kalau nak melamar pasangan tu dan pada masa sama girls korang share lah artikel n ikat pasangan korang ok. Jumpa lagi di artikel akan datang.