Nak tackle jejaka Mat Saleh, try tips ni
Min nak tanya siapa kat sini yang pernah berangan nak kahwin dengan mat saleh? Mesti ada antara korang yang berangan nak kawin dengan Jhonny Depp lah, Bradd Pitt lah, tak pun Chris Evans. Sebenarnya kalau bagi min tak salah nak simpan angan-angan kahwin dengan orang putih. Anything is possible girls.
So nak menang hati mat saleh tak lah susah sangat, cuma kena tahu lah trick-trick nak bagi mereka berkenan dengan kita wanita Melayu ni. Hehehe bak kata Jamal Abdillah, siapa bilang gadis Melayu tak menawan… hehehe.. Ni min ada lah baca tips nak buat mat saleh jatuh hati kat kita, meh min kongsikan..
1. Tahu Apa yang Dia Mahu
Lelaki mat saleh suka kepada wanita yang memahami. Dalam erti kata lain wanita yang faham akan keinginan dan keperluannya dalam mencari pasangan. So kalau korang crush kat mat saleh kena lah ada research sikit pasal mamat tu, tahu apa yang dia suka dan cari tahu tentang dirinya dari kawan-kawan terdekat dia.
2. Pintar Menyesuaikan Diri
Lelaki mat saleh ni suka wanita yang pandai membiasakan diri, tahu bila dimanjakan dan tahu bila perlu tegas atau serius. Lelaki mat saleh juga sangat sukakan wanita yang pandai menarik hati mereka dan menginginkan mereka atas dasar cinta yang ikhlas.
3. Jangan selalu pressure
Sifat tekanan adalah salah satu sifat ‘NO NO’ untuk lelaki Mat Saleh. Jika kita boleh bercakap dengan lelaki tempatan tentang perkahwinan pada pertemuan pertama, lelaki mat saleh pula lebih suka untuk mengenali kita dalam perbualan pertama ketika berdating. Bercakap tentang anak atau perkahwinan mudah membuat lelaki mat saleh turn off kerana bagi mereka pertemuan pertama bukan bermaksud mereka mahu memilih kita menjadi pasangannya.
4. Independent
Lelaki mat saleh tidak suka wanita yang clingy. Jangan bayangkan bercinta dengan mat saleh sama macam lelaki tempatan atau dalam movie cinta. Mereka tidak akan menghantar teks setiap saat atau panggilan sepanjang malam. Mereka suka jika anda lebih independent dan tahu untuk menguruskan hal-hal sendiri.
5. Memahami keadaan lelaki itu
Lelaki mat saleh bukan lelaki yang memuliakan kecantikan sahaja. Jika kita sering mengenali lelaki Malaysia yang menyerah demi wanita, lelaki mat saleh tidak peduli betapa cantiknya wanita itu. Jika mereka merasa benar dalam perdebatan, mereka akan mempertahankan pendapat mereka. Walaupun banyak orang mat saleh yang romantis, kebanyakan lelaki mat saleh ni lebih serius. Jika korang tidak memahami keadaannya, dia tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan anda.
6. Menjadi diri sendiri
Jika lelaki mat saleh memilih gadis yang sebenarnya bukan dari budaya mereka, maka memilih atas dasar personaliti dan bukan luaran. Jangan cuba menjadi ala-ala gadis mat saleh, berbangga menjadi wanita Malaysia dan lebih penting, hanya menjadi diri sendiri. Itu lebih menarik. Tetapi di sini anda juga perlu melihat sama ada mereka benar-benar menyukai anda atau seperti budaya anda.
7. Easy Going
Ramai lelaki mat saleh sorry to say tak beberapa bijak. Percayalah, min sering bertemu dengan ramai lelaki yang fikirannya sempit dan tidak begitu terbuka kepada budaya asing. Walau bagaimanapun, mereka akan terpesona oleh wanita yang pandai dan tahu dan ingin tahu tentang banyak perkara. Jangan hanya diam dan tunggu dia bercakap, cuba buka chat kerana ramai lelaki mat saleh juga malu. Mereka suka jika kita bertanya banyak soalan dan menceritakan kisah dan lucu, walaupun mereka diam dan malu, mereka akan menjadi super duper tertarik kepada wanita yang baik untuk menceriakan suasana dan tidak membosankan.
So girls macam mana kalau ada cita-cita nak tackle mat saleh tu cuba lah apply tips ni kalau ada yang nak share tips lagi boleh lah tinggalkan kat ruang komen.
yes that is true lelaki mat salleh memang gitu.i get bf mat salleh ?
Mane dpt boyf tu? Hahah
Sejak dari zaman sekolah aku mmg minat kat matsalleh, berangan tu jangan cakap lah,.. sampaikan simpan azam nak kahwin dengan depa… Alhamdulillah akhirnya, Tuhan jodohkan aku dengan lelaki warga Jerman dan Alhamdulillah jugak lah perkahwinan kami sudah 5 tahun. 🙂
So sweet semoga kekal bahagia hingga ke syurga 🙂 saya pun berangan yang sama :p
Sy 1st time nk date ngan mat salleh?sy xtau cm ne nk sytle..sbb 1st jumpa haritu tgk die cm selekeh n then sy pulak pki cm ala2 office girls kemas?sy jd confuse