Amy Mastura – Artis Versatil Serba Boleh
Hai min pasti korang mesti pernah dengar nama selebriti ni, Amy Mastura, haa kalau sekarang mungkin orang akan kenal dia sebagai pelakon, pelawak, tetapi tahu tak Amy Mastura memulakan karier dalam industri sebagai penyanyi.
Min memang minat kat Amy Mastura sejak kecil, ingat lagi lagu-lagu faveret min, Bintang Hati, Sha Na Na Na, Cinta dan banyak lagi. Amy Mastura lebih dikenali degan genre pop yang catchy. Amy Mastura juga mempunyai suara yang unik selayaknya bertanding di Asia Bagus. Untuk personaliti kali ini min nak singkap kembali profil artis kegemaran min sorang ni so korang leh lah flashback dan untuk new generation lebih mengenali Amy Mastura.
Amy Mastura binti Suhaimi dilahirkan pada 10 Mei 1971 atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Dia mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana Amy kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
Dilahirkan di Ipoh, Perak anak kepada seorang pesara tentera, Amy Mastura merupakan anak bongsu daripada dua beradik dia mempunyai seorang abang. Amy Mastura cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.
Pada tahun 1998 Amy Mastura telah dipilih di kalangan artis Malaysia termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Amy Mastura berkahwin dengan Alvin Tham Suffian pada 2000 dan dikurniakan dua cahayamata perempuan.
Amy Mastura turut cemerlang dalam bidang lakonan, kejayaan dalam bidang lakonan membuka mata pengkritik filem apabila Amy berjaya melakonkan watak komedi dan dramatik secara seimbang di bawah bimbingan pengarah terkenal Aziz M. Osman.
Kedua-dua filem Puteri Impian itu mencatat kutipan box office sekaligus menobatkan Amy sebagai Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1999. Lebih manis lagi, ketika Festival Filem Malaysia ke 14, Amy berjaya mengalah aktres-aktres hebat seperti Vanidah Imran, Nasha Aziz dan Normah Damanhuri untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Amy dicalonkan menerusi siri pertama filem tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan Amy satu-satunya finalis Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM yang berjaya menggondol anugerah Aktres Terbaik di FFM.
Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kose, jenama kosmetik Jepun. Dia menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.
Album studio
- Amy Mastura (1994)
- Pujaanku (1996)
- Puteri (1997)
- Bintang Hati (2000)
- Akan Datang (2002)
- Lebih Baik (2005)
- Happy (2009)
Filem
1996
-Impian Yazmin
-Tragedi Oktober
1997
-Puteri Impian
1998
-Puteri Impian 2
1999
-KLU
2000
-Senario Lagi
2004
-Trauma
-Bintang Hati
2010
-Hooperz
-Aku Tak Bodoh
-Damping Malam
2012
-Shh…Dia Datang
2017
-Mendidih Bro