Kucing muka ‘lopong’ tarik perhatian Netizen
Satu posting di twitter yang dimuat naik oleh @Hairuslleh menarik perhatian ramai netizen khususnya pencinta kucing yang mana berdasarkan thread berkenaan dia menemui seekor kucing yang ‘lopong’ dibahagian hidung hingga mulut.
I found this cat yesterday and I like how can you be like this ?? how can I help you cat , I don't know what to do If I want to save I don't have enough money . ?? hm pic.twitter.com/ZawC4QFKG9
— jelly eyes (@Hairuslleh) January 14, 2020
Dalam posting berkenaan @Hairuslleh bertanyakan kepada warga Twitter tentang bagaimana dia boleh menolong kucing berkenaan kerana dia sendiri tidak berkemampuan (dari segi kewangan) untuk membawanya ke klinik haiwan.
Dalam posting berkenaan juga dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan bahawa kucing berkenaan mengalami kesukaran untuk makan kerana kondisinya yang seakan tidak mempunyai hidung dan mulut.
me and my friend feed him ? how he struggle to eat it pic.twitter.com/GVAp2wZyc3
— jelly eyes (@Hairuslleh) January 14, 2020
Posting berkenaan mendapat perhatian ramai terutama pencinta kucing yang meminta @Hairuslleh supaya membawa kucing itu ke klinik haiwan malah ramai antara warganet yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan untuk kos rawatan kucing berkenaan.
Atas keprihatinan ramai @Hairuslleh meneruskan usaha untuk membantu kucing berkenaan dan berusaha untuk menangkapnya. Mungkin kucing ini sudah trauma dengan manusia kerana berdasarkan posting, kucing berkenaan menyorok di bawah kereta.
okay guys , otw nak bawak pergi vet ni , maaf lah baru update. Saya baru habis class ni mintak maaf sangat sangat ???? pic.twitter.com/3joi8XCAi5
— jelly eyes (@Hairuslleh) January 15, 2020
dia lari wehhh , nak pergi vet ni haih pic.twitter.com/02vglNvgen
— jelly eyes (@Hairuslleh) January 15, 2020
Selepas kucing itu Berjaya ditangkap dan dibawa ke klinik haiwan, amat menyedihkan apabila doctor mengesahkan yang kucing itu mengidap sporo. Tahu ke apa itu penyakit sporo?
Sporo ialah penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat.
Berbalik kisah kucing tadi, Doktor juga menjalankan ujian darah bagi memastikan tiada jangkitan HIV pada kucing berkenaan. Hasil ujian darah kucing itu negatif HIV. Bagaimanapun memandangkan penyakit kucing berkenaan tidak boleh dirawat, keputusan diambil untuk mematikan kucing (euthanasia) kerana penyakit kronik.
so this the result and he is negative from HIV . so kiteorang just go on PTS sebab takut dia berjangkit dekat haiwan lain and manusia . pic.twitter.com/PBjzqlrneh
— jelly eyes (@Hairuslleh) January 16, 2020
Mungkin itu yang terbaik untuk kucing berkenaan daripa terus terseksa dalam keadaan yang tidak sesempurna kucing lain. Apa-apa pun min tabik dengan @Hairuslleh dan diharap lebih ramai lagi insan yang prihatin seperti ini tampil membantu haiwan terbiar.