Anita Sarawak, Living Legend
Hai girls apa khabar? How your days? Min harap semua happy je yer. So hari ni min teringat kat sorang artis legend ni. Lama dah tak dengar cerita beliau. Dulu lagu beliau selalu min dengar nak nak lagu seksis, akhirnya kini pasti dan joget sayang di sayang. Haaa kenal tak? Sudah tentunya the one and only Kak Anita Sarawak.
Min admire kat kak Nita sebab pada usia dah agak berusia beliau masih aktif di atas pentas. Ingat masa persembahan lagu seksis dulu kemain lagi. Wajah dia yang awet muda malah suaranya yang melekat kat telinga dan hati. Hmmm sebut pasal Anita Sarawak ni korang kenal tak dengan beliau. Kalau belum meh sini Santai Sini kenalkan kat uolls.
Anita Sarawak dilahirkan 23 Mac 1952. Nama sebenarnya Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura berketurunan Melayu. Kampung halaman asalnya kesemuanya terletak di Malaysia seperti di Temerloh, Pahang, iaitu kampung sebelah bapanya, Dato’ S. Roomai Noor dan juga Kuching, Sarawak serta Georgetown, Pulau Pinang, iaitu kampung sebelah ibunya, Siput Sarawak. Beliau merupakan penerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.
Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M.Nasir, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris
Anak kepada seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu ini berhadapan dengan isu keluarga selepas ibu bapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari.
Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.
Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.
Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa untuk sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik.
Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hos TV di Malaysia, Anita banyak mengacarakan rancangan2 hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti:
- Phua Chu Kang (Cameo appearance)
- Speak of a Diva
- Bersama Anita
- Mahligai Kita
Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:
- sewaktu dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia;
- sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan;
- mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta
- kontrak perakamannya dengan KRU.
Kini, Anita mempunyai sitcom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan “Anita Sarawak, Koleksi Cinta”.
Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1969 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja.
Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership) Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.
Perkahwinan pertamanya ialah dengan pemuzik dari kota Singa, Mohamed Abdul Samad pada 1972. Bagaimanapun, mereka berpisah pada April 1976.Menjelaskan sebab perceraian itu, Anita berkata, perkahwinan pertamanya itu bukan berlandaskan kepada cinta. Sebaliknya, dia berkahwin semata-mata kerana memenuhi permintaan Allahyarhamah ibunya.
Tahun 1981, Anita sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi yang bukan calang-calang kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian. Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Malangnya, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian.
Ketika itulah Anita mengambil keputusan nekad berhijrah ke AS dan memperjudikan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesar’s Palace. Sebelum berangkat ke AS, Anita meninggalkan peminat dengan sebuah album Melayu yang memuatkan lagu yang cukup istimewa – Bawalah Daku Pergi. Sedekad berlalu. Pintu hatinya diketuk oleh James Dean Nicholson (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Namun perkahwinan kali ini juga tidak terlepas daripada cabaran getir. Enam bulan sebelum mereka disatukan, pasangan itu ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berkhalwat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Belum sempat mengecapi kebahagiaan dan nikmat sebenar alam berumah tangga, Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang dia harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.
Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir bagaimanapun telah memeluk Islam dan mempelajari selok-belok agama sebulan sebelum perkahwinan tersebut dilangsungkan.Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999. Bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita-Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield. Mahathir kemudian menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002. Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat apabila pulang kembali ke Amerika Syarikat.
Haa itulah serba sedikit tentang Anita Sarawak so guys siapa yang belum dengar lagu-lagu beliau bolehlah try search kat Youtube. Comfirm layan. Apa-apa pun nantikan posting next dengan profil-profil artis lain dalam Soseh Retis yer.