Elak kerepot ikuti cara ini
Tiada siapa pun mahu kelihatan tua sebelum usia lebih-lebih lagi berkedut. Mungkin kita tidak sedar saban tahun garis-garis muka dan kedutan akan mula kelihatan. Khususnya bagi mereka yang kurang melakukan penjagaan muka atau sering berhadapan dengan stress.
Penjagaan muka amat penting untuk memastikan kulit kekal muda dan berseri. Malah kalau boleh nak age flawlessly lah kan. Dah usia lebih 70 tahun pun nak muka tegang macam kak Nita (Anita Sarawak).
Sebenarnya untuk menua dengan mulus banyak je cara yang boleh dilakukan dan Santai Sini pun jumpa banyak tips yang dikongsi daripada organik sehingga klinikal. Kalau di drugstore atau pusat kecantikan kita akan nampak banyak produk serta rawatan anti-penuaan yang ditawarkan.
Haaa jadinya tidak mustahil untuk tetap kelihatan muda tetapi tidak lah digalakkan kita melakukan ritual yang extrem lebih-lebih lagi melakukan pembedahan plastik. Kerana akhirnya takut muka nampak muda tapi lebih pelik.
Bukan tidak pernah terjadikan. Oleh itu Santai Sini kali ini nak kongsikan kepada anda tips-tips untuk kurangkan dan lambatkan penampakkan kedut .
1. Buat pembersih muka dari susu segar dan madu
Madu mengandung bahan pelembap dan mampu menyerap dan menjaga kelembapan pada kulit. Ini akan meningkatkan kadar elastik kulit dan mengurangkan wajah keripot. Sedangkan kandungan laktosa dalam susu segar mampu membersihkan debu yang terdapat pada pori-pori. Hasilnya, kulit wajah akan mampu menghasilkan lebih banyak kolagen secara semulajadi.
2. Cegah penumpukan kulit mati dengan toner air lemon dan gula
Kandungan glikolat dalam gula membantu meregenerasi kulit yang rosak. Asam citrat dari buah lemon mempunyai efek “ampas” yang dapat mengangkat kulit kulit mati agar kulit menjadi lebih lembut. Vitamin C dalam lemon juga berkontribusi terhadap proses pengeluaran kolagen pada kulit.
3. Gunakan wajah masker dari putih telur
Putih telur mengandung astringen yang menjadikan kulit wajah menjadi lebih tegang. Putih telur mempunyai kesan yang cepat tetapi bersifat sementara.
4. Pantau pola makan anda
Beberapa makanan mengandung zat-zat yang membantu memperbaiki keadaan kulit wajah. Berikut ini yang perlu dipenuhi:
– Makanan kaya antioxidan: Antioxidan boleh melawan radikal bebas yang bertanggungjawab dalam menyebabkan kulit masalah, termasuk pembentukan kerutan di kulit wajah. Makanan yang kaya dengan antioxidan, seperti blueberry.
– Vitamin: Banyak vitamin mempunyai dua kali lebih banyak kandungan antioxidants. Vitamin B kompleks terdapat dalam daging, telur, dan gandum utuh. Vitamin A, C, dan E biasanya terdapat dalam buah-buahan segar dan sayur-sayuran berdaun. Almond juga mengandung kadar vitamin E yang tinggi.
– Cokelat: Makanlah banyak coklat. Coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 72% kokoa yang mengandung antioksida. Dan coklat ini juga mengandungi epikatekin dan katekin, yang boleh membantu melindungi kulit dari kesan berbahaya sinar UV.
Makanan Omega-3: Makanan konsumsi yang mengandung asam lemak Omega-3, seperti salmon dan ikan air laut lainnya. Asam lemak ini membantu memasok air untuk kulit.
5. Urut muka untuk menghilangkan keriput
Urut muka dengan cepat untuk beberapa minit boleh menghasilkan kulit yang tegang. Fokuskan urutan pada kelenjar getah lening untuk mengangkat kelebihan air dari wajah. Ulangi senam wajah secara teratur untuk mencapai hasil terbaik.
Ikuti langkah-langkah berikut:
-Gunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk mengurut dengan gerakan melingkar.
-Mulai dari bawah telinga dan bergerak menuju leher dan tulang selangka.
-Kemudian, bergeraklah dari kawasan di bawah dagu, di bawah rahang, dan ke arah telinga.
-Pijat kulit dari ujung dalam ke ujung terluar telinga.
-Bergeraklah ke pelipis dan pijat turun di bahagian sisi muka.
Ok girls kalau terasa nak kekal nampak muda bolehlah try tips yang min kongsikan ni. Mana tahu bermanfat. Apa-apa pun memang untuk mendapatkan kulit yang sihat perlu menjaga makan dan penjagaan kulit. Jadinya cara semulajadi ini juga lebih praktikal untuk amalan harian korang. Selamat Mencuba.