Fesyen 60-an kekal relevan
Sebut pasal fesyen 60-an apa yang sebenarnya anda tahu? Haaa mesti ada yang terbayang Saloma, Kasma Booty, Siput Sarawak dan ramai lagi lah seniwati-seniwati negara yang popular zaman itu.
Nahh fesyen 60-an merupakan antara pencetus kepada perkembangan fesyen di Malaysia dan menjadi inspirasi banyak pereka fesyen kerana pada zaman ini banyak rekaan pakaian yang mencerminkan idea feminin yang klasik.
Koleksi pakaian pada masa lalu seperti tahun 1960-an ia seperti berjaya menghipnotis kaum Hawa. Selain mempunyai bentuk dan gaya yang unik, banyak yang mengatakan jika pakaian klasik atau yang biasa disebut sebagai vintage boleh digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja.
Beberapa pakaian dan aksesori khas 60-an masih digunakan oleh wanita dalam semua aktiviti seperti untuk berjalan atau untuk persalinan ke tempat kerja. Bermula dari kalung, pakaian mini, tali pinggang kepada tali pinggang emas, seolah-olah menghiasi gaya fesyen setiap hari mereka.
Malah, kebanyakan item fesyen 60-an praktikal untuk digayakan khusus buat kaum wanita. Bukan tidak lapuk dek zaman tetapi masih onz dan up to date. Dengan gabungan fesyen moden gaya anda lebih menonjol dan kiranya anda lah fashionista.
Legging
Legging yang didominasi dengan permainan warna dan motif seakan mendominasi gaya busana kaum Hawa di tahun 1960an. Dimana, legging tersebut biasanya mereka padukan dengan mini dress berwarna krim, hitam ataupun putih. Hari ini kita masih boleh lagi melihat kaum wanita menggayakan legging ada yang mengekalkan pemakaiannya dengan mini dress malah ada juga dengan kemeja-T labuh. Legging dapat membantu memberikan ilusi kurus jika digayakan dengan betul.
Jumpsuit
Jumpsuit menjadi salah satu busana wajib yang dimiliki oleh setiap wanita. Jumpsuit berwarna biru atau pun hitam biasanya akan dipadukan dengan kemeja-t ataupun kemeja. Jumpsut masih relevan sehingga kini dan dibangunkan dengan pelbagai versi. Malah wanita juga sukakan gaya jumpsut kerana masih stail dan urban.
Print Dress
Tak hanya melulu dress berwarna hitam atau pun putih saja, namun di tahun 1960-an banyak wanita yang kerap menggunakan mini dress dengan motif print. Seperti motif bunga, lingkaran, kotak dan masih banyak lagi. Untuk tahun ini corak print mungkin menjadi antara trend pilihan dalam fesyen dan ini yang dikatakan fesyen 60-an masih kekal hidup dan relevan sehingga kini.
Headband
Salah satu aksesoris wajib yang digunakan oleh wanita di tahun 60an adalah headbands atau aksesori kepala. Aksesori ini bisa berupa tali tipis, lace headbands, headwrap dan masih banyak lagi. Selain aksesori kepala, aksesori lainnya seperti kaca mata, cincin besar dan gelang juga mendominasi fesyen 1960an. Aksesori adalah pelengkap kepada gaya wanita. Jadi zaman 60-an aksesori mereka banyak direka dalam saiz yang besar. Ia juga menjadi trend fesyen sehingga kini dan kita dapat lihat banyak artis menggayakan aksesori ala 60-an jika di karpet merah.
Hippie Fashion
Hippie Fashion menjadi salah satu kiblat fesyen tersendiri bagi para wanita di tahun 1960an. Dimana, mereka biasanya akan memadukan antara celana lebar, kemeja-T berukuran besar, crop tee dan masih banyak lagi. Gaya hippie hari ini banyak diinterpretasikan sebagai gaya jalanan yang hipster dan urban.
Wool
Busana berbahan wool juga mendominasi gaya busana kaum Hawa di tahun 60an. Wool tersebut biasa diaplikasikan dalam bentuk syal, atasan, rok dan tas. Wool merupakan lambang kemewahan malah turut menjadi gaya ikon kepada beberapa selebriti antarabnagsa pada zaman itu.