Top 10 Wanita Tercantik Dunia
Kalau di dunia ini ada senarai lelaki kacak pastinya ada senarai wanita cantik kan. Girls selalunya akan admire dengan wanita cantik-cantik ni so hopefully dapatlah mengecapi kecantikan macam mereka. Min pun suka mengagumi wanita-wanita cantik ni, dan pastinya kalau boleh nak bertanya soalan pertama; apalah rutin kecantikan mereka?
So untuk perkongsian kali ini min nak senaraikan kepada anda wanita-wanita tercantik di dunia yang disenaraikan oleh sebuah portal antarabangsa Wonderlist. Yang amazingnya kali ini, antara top list wanita cantik dunia datangnya dari benua Asia ok. Sebagai wanita Asia sejati min sangat berbangga yang wanita asia diiktiraf sebagai wanita tercantik.
Jom kita tengok senarai ini dan korang nilailah sendiri cantik ke idok mereka ni;
1. Liza Soberano
Menurut portal berkenaan yang menduduki tangga pertama untuk senarai wanita paling cantik di dunia adalah Liza Soberano, seorang artis dan model dari Filipina. Wajah Asianya menunjukkan kecantikan semulajadi dan seratus peratus asli tanpa plastik. Pada tahun 2017, Liza menjadi model Asia Pasifik yang paling mendapat pujian dan sokongan ramai. Dia juga sering menjadi model penghias majalah dan bintang iklan untuk pelbagai jenama.
2. Thylane Blondeau
Wanita cantik ini dari Paris adalah anak kepada pemain bola sepak Patrick Blondeau dan artis dan penyampai televisyen, Veronika Loubry. Thylane telah memulakan kerjaya sebagai artis dan model pada tahun 2005, iaitu sejak dia berusia 4 tahun.
3. Chou Tzu-yu
Tzuyu adalah penyanyi Taiwan yang kini bergiat aktif dalam industri muzik di Korea Selatan. Dia telah muncul pada pertunjukan realiti Sixteen pada tahun 2015 dan kini menjadi ahli Band perempuan Kpop.
4. Sarah Gadon
Aktivis Kanada mula-mula dikenali kerana persembahannya dalam ‘Cronenberg’s A Dangerous Method’ dan ‘Cosmopolis’. Kini dia adalah ‘wajah paling berharga’ di negaranya.
5. NANA Im Jin-Ah
Gadis Korea Selatan ini dipilih sebagai gadis paling cantik di dunia selama tiga tahun berturut-turut. Penampilan yang menarik dan kelihatan naif menjadikan Nana sebagai penghias di pelbagai majalah dan ikon untuk pelbagai kempen.
6. Jourdan Dunn
Jourdan dikenali sebagai wajah Maybelline New York serta ikon dari models.com. Dia juga menjadi model hitam pertama yang muncul bersendirian di kulit depan majalah British Vogue. Di samping itu, Jourdan adalah model kulit hitam pertama di UK yang dimasukkan ke dalam senarai majalah ‘Top earning list’ majalah Forbes.
7. Adelaide Kane
Adelaide adalah pemilik wajah cantik dari Australia. Dia dikenali sebagai Mary, Ratu Scots di CW dalam drama Reign. Dia juga membintangi opera sabun Neighbours dan Teen Wolf MTV. Jika anda ingin tahu, anda boleh melihat Adelaide dalam siri Once After a Time di saluran televisyen ABC.
8. Ju Jingyi
Penyanyi dan artis dari China dipilih sebagai salah satu wajah paling cantik pada tahun 2018. Rakyat China memanggil Jingyi sebagai ‘ Keindahan sekali dalam 4000 tahun’. Jingyi sangat popular. Dia juga termasuk dalam senarai wanita paling cantik di China.
9. Golshifteh Farahani
Selain menjadi artis, wanita Iran ini juga seorang pemuzik dan penyanyi. Farahani yang tinggal di Paris, Perancis telah membintangi lebih daripada 25 filem antarabangsa. Dia juga memenangi banyak anugerah di Perancis sebagai ‘Pelakon Wanita Yang Paling Digemari’ dan ‘Pelakon Wanita Terbaik’.
10. Camillia Belle
Pelakon dari Amerika Syarikat mempunyai campuran gaya gaya Latin. Beliau memulakan kerjaya sejak usia 5 tahun di salah satu daripada thriller NBC. Selepas itu, Belle mula membintangi filem-filem lain seperti ‘The Ballad of Jack and Rose’, ‘When a Stranger Calls’ dan ‘Breakaway’.
Jadi mana satu rasanya yang tercantik mengikut anda? Apa-apa pun bagi min kecantikan itu tidak hanya diukur secara luaran tetapi dalaman juga. So mereka sudah secara semula jadi cantik, kita juga kena percaya diri dan percaya kita cantik dengan cara kita tersendiri ok.