Apa itu Boba?
Siapa sini penggemar Boba Milk Tea atau dulu kita panggil Pearl Milk Tea. Nak diikutkan mana-mana pun kedua-duanya adalah benda yang sama iaitu teh susu yang di letakkan dengan bebola tepung ubi (yang direbus dan menjadi seperti bola jeli). Kiranya sejak dulu kita dah diperkenalkan dengan minuman ini tetapi sekarang baru hype dengan pelbagai jenama nak-nak sejak viral ni macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Serba sedikit tentang Boba Milk Tea ni ia juga turut dikenali dengan nama teh susu mutiara atau [teh] boba ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an. Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.
Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.
Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an, terutamanya di Vietnam.
Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.
Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶, bāichá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.
“Bebola mutiara” atau boba
Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang – gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.
Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.
Ada sebuah portal , The Vocket berkongsi cerita tentang asal usul boba jugak katanya terdapat perbalahan antara dua syarikat di Taiwan yang mengaku bahawa mereka adalah pengasas kepada Boba Milk Tea ni. Syarikat tersebut adalah Hanlin Tea Room dan Chun Shui Tang.
Menurut pengasas Hanlin Tea Room iaitu Tu Tsung-he, dia mendapat inspirasi menghasilkan teh boba apabila dia ke pasar dan membeli bebola ubi kayu berwarna putih. Lalu, dia memasaknya di rumah dan mencampurkannya dengan susu yang ingin diminumnya. Berikutan kombinasi rasanya yang unik antara minuman tersebut dan bebola itu, dia menjual minuman tersebut dan menamakannya ‘pearl milk tea’.
Berlainan pula dengan cerita Chun Shui Tang. Menurutnya, syarikat tersebut mula menghasilkan teh boba berdasarkan resipi salah seorang pekerjanya, Lin Hsiu-hui yang telah menghasilkannya sejak dari kecil. Resipi Lin Hsiu-hui yang meletakkan bebola ubi kayu dalam minuman diperkenalkan oleh syarikat Chun Shui Tang secara rasmi.
Kenapa terdapat dua versi berbeza tentang teh boba ini? Ini kerana kedua-dua syarikat ini tidak dapat membuktikan siapa pengasas sebenar di mahkamah dan kini resipi teh boba ini bebas digunakan oleh ramai pihak tanpa perlu membayar royalti kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun tidak kisah lah seandainya ada lebih dari dua pengasa pun sekarang ada lebih 250 jenama Boba Milk Tea yang terdapat di seluruh dunia malah penjaja tempatan pun dah mula buat produk boba sendiri.
Jadinya ada jenama yang telah mengatasi pengasas boba sendiri dan menjadi kegilaan orang ramai. Kalau nak beli confirm kena beratur.
Boba juga dikaitkan dengan kandungan gula yang tinggi. Makanya timbullah keraguan untuk consume minuman ini. Bagi min macam nil ah, konsepnya jangan ambil berlebihan sampai pagi, petang dan malam. Ambil berpada-pada sudah. Tak salah nak minum boba pun yang penting banyakkan minum air masak juga.