Kisah Artis Sepanjang Minggu (15 hingga 22 Disember 2019)
Sepanjang minggu ini dunia seni kita meriah dengan pelbagai kisah-kisah menarik yang mana ada yang indah-indah dan ada juga yang terpalit dengan gosip dan kontroversi. Min selalu juga selak-selak akhbar, klik-klik page online untuk ketahui perkembangan mereka. Jadinya untuk minggu ini banyak juga berita-berita menarik tentang artis-artis tempatan kit ani.
Soseh Retis kali ini akan rangkumkan berita-berita sensasi dan menarik sebagai perkongsian untuk anda yang mungkin terlepas pandang tentang perkembangan semasa artis-artis kegemaran anda;
1. Fara Hazel sah bergelar isteri
Fara Hezel, 23, sah bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara, di sini, jam 3.32 petang semalam. (Jumaat)
Kakak kepada penyanyi, Aiman Tino, itu juga menerima 11 dulang hantaran berbalas sembilan, mas kahwin RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000 dalam satu majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat.
Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Yusri Ishak, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.
Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Kuala Kubu Bharu, hari ini, diikuti sebuah lagi acara pada 28 Disember di Kuala Terengganu.
Sebelum ini Fara dan Kamal telah mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Soseh komen: Tahniah Fara Hazel semoga berbahagia hendaknya hingga ke syurga. Mesti lepas ni semua tak sabar nak tengok Fara jr. pulak
2. Haneesya jadi penyanyi rap pula
Selepas menceburi bidang lakonan dan model, Haneesya Hanee kita memulakan karier baru dengan menempa nama dalam arena muzik.
Namun seni muzik yang diceburi oleh Haneesya ini bukan kaleng-kaleng, dia memilih untuk membawa genre Rap.
Menerusi kerjasamanya dengan band Bimasakti, Haneesya hadir membuat penampilan khas menerusi karya berjudul Mengejar Mimpi.
Haneesya memilih genre Rap kerana menurutnya, dia amat meminati cabang muzik berkenaan.
Soseh komen: Tahiah Haneesya kerana berani tampil dengan percubaan baru. Pasti min akan sokong dan dengar single baru Haneesya nanti.
3. Zizan Dijangkiti Influenza
Zizan Razak dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana jangkitan virus Influenza A. Perkara itu dimaklumkan pelawak berkenaan menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Menerusi laporan di Berita Harian, pada mulanya, dia mengalami gatal tekak dan selesema yang disangkanya tidak serius.
Awalnya, pelakon dan pelawak itu hanya mengambil gula-gula untuk melegakan tekaknya. Namun, apabila masalah gatal tekak masih berpanjangan, dia ke klinik dan diberikan suntikan untuk melegakan ketidakselesaan itu.
Bagaimanapun, simptom penyakitnya itu bertambah teruk apabila dia demam.
Soseh komen: Min doakan supaya Zizan cepat sembuh dan sihat kembali hendaknya. Difahamkan juga sebelum ini, Neelofa dan Ismail Izzani pernah diserang virus yang sama dan terbaru, Mawar Rashid serta anaknya turut mendapat jangkitan virus ini.
4. Muat naik keputusan anak bukan nak aibkan dia- Sharifah Shahirah
Tindakan pelakon dan personaliti radio Sharifah Shahirah, memuat naik keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) anak lelakinya, Airell Zulkifly mendapat kecaman netizen yang rata-rata mengatakan Sharifah seperti mengaibkan anaknya.
Airell yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati memperoleh A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, D bagi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu (lisan), Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi serta F untuk Sejarah dan Geografi.
Personaliti yang juga seorang pelawak itu bagaimanapun menepis tuduhan itu dan menyatakan kepada akhbar bahawa dia malah berbuat demikian kerana berbangga dengan keputusan anaknya.
Malah jelas Sharifah Shahira kepada Berita Harian, anaknya tidak kisah, malah tahu dia akan berkongsi keputusan berkenaan.
Soseh komen: Orang fikir yang buruk-buruk je, bagi min ini adalah cara Sharifah Shahira dalam urusan keluarga dia. Jadi kita sokong aje lah.
5. Kehilangan Alif masih terasa- Nora
Berita pemergian anak kepada penyanyi Nora amat memberi kesan kepadanya yang amat rapat dengan anak keduanya itu.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya pada 14 Disember lalu.
Dalam satu perkongsian dengan Sinar Harian, Nora baru-baru ini Nora mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya menerusi menerusi Instagram Story miliknya
Perkongsian itu merupakan mesej terakhir anaknya yang diterima sebelum Alif dilaporkan meninggal dunia.
Soseh Komen: Harap Nora tabah atas ujian ini. Kehilangan memang amat berat untuk ditanggung tetapi percayalah ada yang terbaik telah disusun untuk Nora.
6. Ernisha cabut tudung
Tidak mahu digelar hipokrit, bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab kerana baginya bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah.
Menerusi laporan dalam akhbar Metro, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama selain tidak mahu dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit.
Menurutnya, meskipun keputusan tidak berhijab ditentang ahli keluarga, namun dia cuba berterus-terang mengenai ketidaksediaannya itu.
Jelasnya dia berhijab sebelum ini atas permintaan ibu bagaimanapun padanya dia belum bersedia dan hidayah itu belum tibaedia dan hidayah itu belum tiba
Ernisha berharap orang ramai tidak lagi terus mengecam dirinya sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang.
Soseh komen: Janganlah kita bersangka buruk yer, kita sepatutnya mendoakan yang baik-baik, keputusan Ernisha adalah hak dia sendiri kita mampu doakan aja agar dia kembali bertudung. Manis je kan tengok Ernisha bertudung.