Khasiat Buah Bidara
Buah-buahan memang mengandungi berbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Tidak hairanlah ramai yang amalkan buah-buahan untuk diet yang sihat.
Mengikut nama latin atau sains, buah bidara di kenali sebagai Ziziphus Mauritiana. Ia adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga rhamnaceae yang menghasilkan buah yang manis dan disukai oleh orang ramai.
Buah Bidara dipercayai kaya dengan pelbagai khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa saja. Tiada siapa yang menyangka bahawa pohon bidara memiliki manfaat baik bagi manusia.
- Kaya dengan vitamin A, C, lemak dan karoten.
Vitamin-vitamin ini dapat memberi kandungan yang baik untuk tubuh badan kita.
- Kandungan antioksidan mencegah radikal bebas
Buah bidara mengandungi banyak antioksidan yang mampu menghalang atau sebagai pelindung dari jangkitan penyakit bawaan terutama dari udara.
- Mengatasi masalah penyakit pada mulut
Antaranya seperti gusi berdarah dan bibir pecah. Selain buah, daunnya juga boleh mengubati masalah pada mulut. Terutama jika kurang minum air dan kurang menjaga kebersihan mulut.
- Mengatasi masalah kewanitaan
Sesuai untuk mengatasi masalah wanita seperti keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain. Daun bidara juga bagus untuk kecantikan bagi masalah jerawat dan sebagainya.
- Mengandungi antibakteria yang bagus untuk mengubati penyakit.
Daun bidara memiliki kandungan antiseptik tinggi yang sesuai digunakan untuk mengubati luka. Selain itu, sesuai untuk merawat kesihatan tulang dan gigi kerana daun bidara mengandungi mineral yang tinggi.
- Mampu membantu pesakit Diabetes
Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati pesakit diabetes tahap 1, 2 serta diabetes gestasional (diabetes yang dialami oleh ibu mengandung). Daun buah bidara juga sangat mujarab dan digunakan dalam merawat berbagai penyakit dan untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya adalah seperti dibawah.
- Melancarkan sistem pencernaan
Salah satu khasiat dari buah bidara juga boleh dijadikan sebagai sistem pencernaan. Ia dapat digunakan untuk mengatasi masalah yangberkaitan dengan gangguan pencernaan sehingga ke tahap kanser perut.
Ini kerana dalam buah bidara terkandung serat-serat yang baik untuk melancarkan usus. Maka jika kalian ada masalah kembung perut sehingga susah nak buang air besar korang boleh cuba makan buah bidara.
Buah bidara sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan kuah rojak. Jika susah nak dapatkan yang fresh anda boleh makan buah bidara jeruk kalau anda suka makan masam-masam.