Cipta Sejarah, Naqiu dan Hardy Mirza juara bersama Gegar Vaganza 2019
Tidak diduga, Gegar Vaganza mencipta sejarah tersendiri selepas persembahan hebat kedua-dua finalis Gegar Vaganza 2019, Naqiu dan Hady Mirza berjaya meletakkan mereka berdua sebagai juara bersama untuk program yang memasuki musim keenam itu.
Kemenangan itu juga memecahkan kejuraan daripada artis wanita yang sebelum ini memegang gelaran itu sejak musim kedua hingga kelima.
Selepas mengharungi 11 minggu yang penuh konsisten, kedua-dua peserta berkenaan memukau penonton dengan persembahan solo dan battle yang berlangsung di Dewan MBSA malam semalam.
Naqiu dan Hady Mirza kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.Kedua-dua mereka turut memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.
Pada malam konsert akhir Gegar Vaganza semalam, Naqiu atau nama sebenar Wan Naqiuddin bin Wan Najib memberikan persembahan yang penuh penghayatan menerusi lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed sehingga membuatkan juri tetap Hetty Koes Endang (Bunda Hetty) tersentuh dan mengalirkan air mata.
Mankala penyanyi asal Singapura, Hady Mirza, memberikan persembahan yang berkesan dengan menyanyikan lagu daripada Erni Zakri, Ku Bersuara. Kedua-dua mereka mendapat ‘standing ovation’ daripada Bunda Hetty,.
Manakala untuk segmen battle kedua-dua mereka digandingkan bersama, menyampaikan lagu HaaTepok nyanyian MeerFly featuring Kidd Santhe, MK (K-Clique) memukau penonton dan sekali lagi kedua-duanya bukan sahaja mendapatkan standing ovation daripada Bunda Hetty tetapi juga audiens di Dewan MBSA semalam.
Memetik laporan portal berita Astro Awani, juri tetap Datuk Ramli MS dalam sidang media selepas konsert akhir Gegar Vaganza ke-6 menjelaskan kemenangan dua juara iatu Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.
Menurutnya, alasan juri mengangkat kedua-dua penyanyi itu sebagai juar adalah keputusan dibuat selepas persembahan dan markah yang diperoleh kedua-duanya adalah sama.
Sementara itu, menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, keputusan mengejut itu dibuat selepas menerima pandangan dan alasan daripada barisan juri.
Konsert akhir Gegar Vaganza semalam turut menyaksikan prsaingan hebat antara empat finalis lain iaitu, Jatt Black Dog Bone, Nurfatima, One Nation Emcee dan Sham Visa.
Malam semalam turut menyaksikan Sham Visa berjaya meraih tempat ke enam diikuti One Nation Emcee dan Nurfatima.
Seperti diduga Jatt berjaya meraih tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan hadiah lain.