Air Putih Untuk Sihat Tubuh Badan
Setiap manusia terutamanya kaum wanita ingin kelihatan cantik kan?. Pernah atau tidak anda dengar ungkapan kecantikan seorang wanita bermula dari dalaman, bukan sekadar kecantikan luaran, yang kebanyakannya diselaputi mekap tebal. Hari ini saya ingin kongsikan salah satu tips untuk cantik dan sihat.
Dalam cuaca yang tersangat panas sekarang, badan kita mudah untuk kehilangan bendalir dalam badan. Kehilangan bendalir badan menyebabkan kulit cepat kering dan badan kita menjadi lesu. Justeru, kita perlu untuk top up bendalir dalam badan dengan minum air bagi menggantikan air yang telah hilang.
Air putih yang telah dirawat dan dimasak memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai petua sihat dengan air putih yang boleh anda amalkan setiap hari.
Tahukah anda keperluan air seseorang bergantung kepada berat badan seseorang individu. Namun, kebiasaannya seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tetapi, bagi sesetengah individu, boleh jadi sesuatu yang mustahil untuk minum air sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat yang mana tidak menggunakan kudrat 4 kerat yang kuat.
Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita dapat minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Di sini saya kongsikan bagaimana cara yang saya gunakan setiap hari.
1. Kenalpasti berapa gelas atau berapa liter air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.
2. Mulakan minum segelas air putih selepas bangun tidur iaitu sebelum ke bilik air untuk cuci muka dan berus gigi. Ketika bangun dari tidur. Minum dua gelas air putih selepas bangun tidur membantu menggerakkan organ dalaman badan anda.
Jika difikirkan memang terasa agak menggelikan untuk minum air sebelum menggosok gigi. Namun, hakikatnya ia baik untuk sistem perkumuhan badan kita.
3. Amalkan minum segelas air setiap jam iaitu lebih kurang 300ml. Secara automatik, dalam masa 8 jam kita sudah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air bersamaan 2.4 liter air;
4. Atau kita boleh juga menggunakan botol air besar. Biasakan diri dengan membawa botol air besar 1 liter atau 2 liter dan habiskan air tersebut dalam sehari. Jika anda menggunakan botol air 1 liter, pastikan anda menambah kuantiti air dalam botol tersebut yakni bersamaan sekurang-kurangnya 2 botol tersebut setiap hari.
5. Biasakan diri untuk tidak terus minum air sejurus selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan barulah minum air untuk memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan rasa mengantuk selepas makan. Apabila kita minum air sejurus selepas makan, perut akan penuh dan sukar untuk kita minum air pada jam berikutnya.
6. Amalkan minum segelas atau dua gelas air putih sebelum tidur untuk proses pembuangan toksin dan membantu mengelakkan serangan jantung atau strok. semasa tidur.
7. Minum satu gelas air putih ketika sebelum mandi. Hal ini dapat membantu merendahkan tekanan darah anda.
8. Untuk pengamal diet, ketika berasa lapar, anda disarankan minum dua gelas air putih ketika berasa lapar mampu membuatkan perut anda berasa kenyang dengan segera.
** Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan (ASI) perlu mengambil air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Semoga petua sihat dengan air putih ini bermanfaat untuk anda amalkan. Jadikan amalam minum air putih sebagai rutin seharian anda dengan memastikan pengambilan air putih melebihi 8 gelas pada setiap hari.