Risiko tidak menjaga kebersihan Miss V
Vagina adalah bahagian dari sistem reproduksi wanita. Vagina berfungsi sebagai saluran penghubung ke rahim, dengan labia dan vulva sebagai jalan masuknya. Di hujung dalam, vagina terhubung langsung dengan serviks (leher rahim).
Vagina digunakan tubuh untuk mengeluarkan menstruasi, yang berawal dari rahim. Selama hubungan seksual, otot vagina yang elastis dan lunak serta lapisannya yang lentur akan memberikan kenikmatan dan pelumas saat penis memasuki vagina. Organ ini juga berfungsi sebagai tempat keluar janin saat persalinan.
Kebersihan dan kesihatan area kewanitaan ini nampaknya masih kurang diambil berat oleh segelintir golongan wanita. Disebabkan penjagaan yang kurang rapi, muncul berbagai risiko penyakit yang terjadi.
Ketika sedang mengalami menstruasi adalah waktu yang mudah bagi wanita terkena jangkitan. Hal ini kerana, saat menstruasi, jumlah bakteria jahat di daerah kewanitaan akan bertambah kerana meningkatnya paras PH akibat dari darah yang dikeluarkan. Justeru itu, dengan keadaan ini, akan adanya kemungkinan bilangan bakteri akan menjadi semakin tinggi. Oleh itu apakah risiko kesihatan vagina jika tidak menjaga kebersihan vagina yang betul? Ketahui jawapannya dalam artikel ini.
Jangkitan Pada Miss V
Siapa kata jerawat hanya boleh timbul di kulit wajah dan punggung? Miss V yang kurang terjaga kebersihannya, boleh juga mengalami jangkitan seperti bintik-bintik merah di bahagian kulit. Jangkitan pada Miss V juga akan menyebabkan Miss V berasa gatal, pedih, dan panas yang berkepanjangan.
Kulat / Yis Di Vagina
Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan.
Keputihan jenis ini akan menghasilkan gumpalan tebal bewarna putih seperti cheese dan menyebabkan kegatalan, kemerahan, kerengsaan dan panas pada vagina.
Penyakit kulit
Beberapa penyakit kulit seperti ekzema & psoriasis boleh menyebabkan kemerahan & kegatalan di bahagian vagina. Ekzema merupakan ruam yang terjadi akibat alahan. Ia berwarna kemerahan, menyebabkan kegatalan & menyebabkan permukaan kulit menjadi bersisik. Psoriasis pula ialah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan, tompok tompok kemerahan pada kulit yang terjadi dibahagian kepala & sendi. Dalam beberapa keadaan, simptom ini boleh merebak kebahagian vagina.
Iritasi
Vagina yang terdedah kepada bahan kimia berasid boleh menyebabkan kegatalan di bahagian vagina. Ia merangsang reaksi alergik keseluruh bahagian badan termasuk vagina. Contoh bahan kimia beritasi ialah sabun, body shower, pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain.
Keputihan Tidak Normal
Vagina mempunyai pelindung tersendiri untuk melindungi bakteria jahat dari memasuki ataupun menjangkiti kawasan tersebut. Antara pelindung tersebut ialah bakteria baik yang bertindak melindungi vagina dari bakteria jahat.
Apa yang dilakukan oleh bakteria baik ini ialah merendahkan pH vagina sekitar 3.5 – 4.5. Kebanyakkan bakteria jahat tidak boleh hidup ataupun membiak pada pH ini. Keputihan tidak normal ini boleh dikesan dengan perbezaan warna keputihan yang normal. Keputihan yang tidak normal ini akan berwarna kekuningan serta kehijauan. Apabila Miss V mempunya keputihan yang tidak normal, akan menyebabkan beberapa kesan terhadap ibu mengandung iaitu :
- Kelahiran bayi yang tidak cukup bulan
Keputihan yang dibawa kuman chlamydia misalnya boleh sebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan. Ini kerana ia boleh menyebabkan air ketuban pecah sebelum tempoh matang.
- Kesukaran untuk hamil
Kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syhlis @ gonorrhea & menyebabkan saluran peranakkan rosak & sukar untuk hamil
- Jangkitan mata
Cecair keputihan boleh menyebabkan jangkitan mata pada bayi yang berisiko membawa kepada buta.
- Gangguaan Pernafasan
Kuman HPV boleh menggangu pernafasan bayi sehingga menyebabkan kematian
- Kehamilan Luar Rahim
Potensi keburukan keputihan ini boleh menyebabkan kehamilan di luar tahim kerana ovum yang telah disenyawakan tidak mampu menempel di dinding rahim.
Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat atau kegatalan yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan dengan segera. Lebih baik mencegah dari merawat. Jadi, jagalah selalu kebersihan area kewanitaan anda, ya!