Lagu-lagu Popular Siti Nurhaliza
Siapa tidak kenal dengan Siti Nurhaliza? Meskipun sudah lebih tiga dekat berada dalam industry tempatan namanya masih lagi meniti dibibir masyarakat terutama peminatnya yang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelusuk Asia.
Dalam usia 40 tahun, Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin masih berada di puncak populariti serta aktif menghasilkan karya-karya berkualiti serta menjadi siulan ramai. Min pun merupakan antara peminat Siti Nurhaliza yang dari dulu tidak pernah lepas daripada mengikuti perkembangan selebriti yang digelar “The Voice Of Asia” dan Celine Dion Malaysia ini.
Daripada seorang penyanyi kepada ahli perniagaan, Siti Nurhaliza adalah diantara penyanyi paling berjaya di dalam sejarah Asia dan pertama di rantau Asia Tenggara dan Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016 dan 2017. Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).
Di arena seni muzik Siti Nurhaliza, telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.
Album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album telah dikeluarkan pada 1 April 1996 di bawah syarikat rakaman Suria Records (SRC) selepas kemenangan beliau di Bintang HMI di RTM pada 1 April 1995 pada usia 16 tahun. Sebelum menandatangani kontrak bersama SRC, beliau telah menerima tawaran daripada tiga syarikat rakaman antarabangsa, termasuk Sony Music, BMG Music dan Warner Music. Pelancaran single pertamanya, “Jerat Percintaan” memperlihatkan puncak kemasyhurannya. Pada 1997, beliau memenangi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4. Pada tahun yang sama, pelancaran album kedua beliau Siti Nurhaliza II membantu mendorong kemasyhurannya di Indonesia. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.
Selepas mengeluarkan 10 album studio solo bersama SRC, pada tahun 2006, beliau melancarkan album studio solo kesebelas beliau melalui syarikat sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album pertamanya di bawah label sendiri, Transkripsi menerima pujian kritis oleh pengkritik muzik Malaysia dan telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Beliau kemudiannya mengeluarkan tiga lagi album studio solo, Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008), Tahajjud Cinta (2009) dan satu album studio duet, CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka (2009) dengan penyanyi Indonesia, Krisdayanti. Pada tahun 2011, dengan kerjasama bersama What’s Up Entertainment, beliau mengeluarkan album pertama dan hanya album beliau yang dirakamkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris setakat ini, All Your Love. Pada tahun yang sama, beliau menandatangani kontrak bersama Universal Music Group (Malaysia). Pada 2014 dan 2016, Fragmen, album solo pertama dengan Universal Music Malaysia dan Unplugged melayakkan beliau meraih kemenangan bagi kali keenam dan ketujuh menerusi kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21.
Walaupun beliau terkenal dengan muzik pop, Siti dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga penggemar muzik tradisional. Beliau telah mengeluarkan empat album solo tradisional, Cindai (1997), Sahmura (2000), Sanggar Mustika (2002), Lentera Timur (2008) dan satu album duet tradisional dengan Noraniza Idris, Seri Balas (1999). Pelbagai lagu-lagu selain daripada merakamkan bahan sendiri, Siti juga telah merakamkan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu tema untuk filem-filem Malaysia dan Indonesia dan siri televisyen seperti “Bagaikan Sakti”, “Ketika Cinta”, “Muara Hati”, “Jaga Dia Untukku”, dan “Seluruh Cinta”.
Beliau juga telah terlibat dengan rakaman pelbagai jingle kempen kedua-dua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk “1 Malaysia”, “Cuti-Cuti Malaysia”, “Membaca Gaya Wawasan”, “Kau Ilhamku”, “Cinta Tanpa Sempadan”, dan lain-lain lagi. Selain menyanyi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, beliau juga telah merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin dan Arab.
Dalam beratus lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, banyak diantaranya menjadi hits dan popular. Untuk senarai kali ini min akan kongsikan kepada anda beberapa lagu hits artis No.1 Asia ini dan pastinya menjadi kesukaan ramai.
Album Siti Nurhaliza (1996)
1. Jerat Percintaaan
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1996
Album Siti Nurhaliza 1997
2. Aku Cinta Padamu
Komposer/Penulis Lirik : Ly / Baiduri
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
3. Wajah Kekasih
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
Album Cindai 1997
4. Cindai
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Cindai
Tahun : 1997/1998
Album Adiwarna 1998
5. Purnama Merindu
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer / Lukhman.S
Album : Adiwarna
Tahun : 1998
Album Pancawarna 1999
6. Nian Di Hati
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer /Azam Dungun
Tahun : 1999
Album : Pancawarna
7. Kau Kekasihku
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Alam Maya
Album : Pancawarna
Tahun : 1999
Album Sahmura 2000
8. Balqis
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 1999/2000
9. Ya Maulai
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 2000
Album Safa 2001
10. Percayalah
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Siti Nurhaliza
Album : Safa
Tahun : 2001
11. Bicara Manis Menghiris Kalbu
Komposer/Penulis Lirik : Aiman / Lukhnan.S
Album : Safa
Tahun : 2001
Album Sanggar Mustika 2002
12. Nirmala
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Che’Kem
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
13. Kurik Kundi
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Nurul Asyiqin
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
Album EMAS 2003
14. Bukan Cinta Biasa
Komposer/Penulis Lirik : Dewiq / Siti Nurhaliza
Album : EMAS
Tahun : 2003
Album Prasasti Seni 2004
15. Dialah Di Hati
Komposer/Penulis Lirik : Aidit Alfian / Habsah Hassan
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
16. Lagu Rindu
Komposer/Penulis Lirik : Yasin
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
17. Seindah Biasa
Komposer/Penulis Lirik : Pongki
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
Album Transkripsi 2006
18. Biarlah Rahsia
Komposer/Penulis Lirik : Melly Goeslaw / Siti Nurhaliza
Tahun : 2006
Kejayaan : Lagu Terbaik APM 2007
Album Hadiah Daripada Hati 2007
19. Ku Mahu
Komposer/Penulis Lirik : Audi Mok / Rina Khan
Album : Hadiah Daripada Hati
Tahun : 2007
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2007
Catatan : Lagu ini merupakan lagu tema drama popular Spa Q tahun 2007.
Album Fragmen 2014
20. Lebih Indah
Komposer/Penulis Lirik : Aubrey Suwito / Ad Samad
Album : Fragmen
Tahun : 2013 (single)
Ini sebahagian sahaja yang min akan kongsi hari ini, selepas ini min akan keluarkan lagi senarai untuk lagu-lagu 2016 ke atas. Nantikan ya…..