Khasiat Mandi Air Limau (Part 2)
Selain menghilangkan dahaga, sebenarnya ada banyak manfaat yang boleh anda peroleh daripada buah limau. Seperti topik lepas yang kita ceritakan, terdapat pelbagai kebaikan untuk tubuh badan dengan amalan ini.
Pada topik kali ini, kami ingin berkongsi fungsi air limau serta cara yang betul untuk menyediakan air limau ini.
Menyegarkan badan
Cara untuk menyediakan mandian limau adalah sangat mudah. Ambil beberapa biji limau, potong. Tak perlu potong terlalu nipis. Masukkan limau tadi kedalam baldi atau besen yang berisi air. Perah limau supaya keluar airnya. Apabila mula mandi, selepas anda selesai bersyampu dan bersabun, basahkan badan dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau ke badan. Kemudia bilas dengan air biasa.
Menghilangkan sakit kepala
Cara mandi limau untuk menghilangkan sakit kepala adalah seperti berikut:
- Ambil 3 biji limau nipis. Potong kepada 4 bahagian.
- Masukkan ke dalam besen atau baldi yang berisi air sejuk.
- Perahkan limau agar airnya keluar.
- Basahkan kepala dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau pada seluruh kepala, pastikan terkena kulit kepala. Fokus kepada bahagian kepala yang sakit.
- Kalau anda seorang yang beragama islam boleh berselawat dan minta Allah hilangkan sakit kepala yang dialami.
- Tidak perlu bilas. Biarkan air limau tinggal di kepala dan rambut.
- Lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.
Menghilangkan sakit badan
Anda pernah dengar tentang mandi ais bersama limau? Ia adalah satu kaedah tradisional yang terbukti berkesan untuk memberikan badan yang ringan dan bebas dari sakit-sakit serta lenguh-lenguh. Cara untuk mandi ais bersama limau ialah seperti berikut:
- Sediakan 3 biji limau nipis. Potong nipis.
- Sediakan satu pek ais. Pek ais boleh dibeli dari kedai serbaneka seperti 7-eleven, Speedmart99, KK Mart, dan stesyen minyak.
- Sediakan segenggam garam bukit atau garam kasar.
- Masukkan semua bahan tadi ke dalam satu baldi air.
- Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk. Sambil meramas limau agar air limau sebati dengan garam dan ais.
- Mandi dengan air limau berserta ais dan garam tadi. Mulakan dengan menjirus kaki terlebih dahulu dan naik ke atas. Jangan jirus terus ke kepala.
Kalau anda tak mampu mandi seluruh badan akibat tak tahan dengan kesejukannya, sebagai alternatif anda boleh rendamkan kaki dalam air yang disediakan tadi. Insya Allah ianya juga berkesan.
Menghilangkan angin dalam badan
Cara mandi limau untuk menghilangkan angin adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas tadi. Cuma bezanya anda boleh masukkan limau dan sedikit garam bukit atau garam kasar dalam air mandian. Amalan mandi air limau ersama garam akan membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
Menaikkan seri muka
- Cara mandi limau untuk menaikkan seri muka ialah seperti berikut:
- Ambil 3 biji limau nipis. Potong kepada 4 bahagian.
- Masukkan ke dalam besen atau baldi yang berisi air sejuk.
- Perahkan limau agar airnya keluar.
- Masukkan kuntuman bunga . Boleh guna apa jenis bunga asalkan ianya harum. Anda boleh beli kuntuman bunga yang gugur dari kedai menjual bunga.
- Basahkan kepala dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau dan kuntuman bunga ke seluruh tubuh badan.
- Tidak perlu bilas.
- Lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!