Khasiat Buah Delima
Buah delima mempunyai pelbagai khasiat lebih-lebih lagi buat kaum wanita, terutama ibu hamil dan bayi baru lahir.
Buah delima adalah sejenis buah yang terkenal di seluruh dunia kerana khasiatnya yang bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pokok delima berasal dari kawasan Asia Barat Daya iaitu di kawasan sempadan Timur Tengah.
Ia telah ditanam di kawasan Lembah Mediterranean sejak zaman dulu lagi. Namun kini, ia mudah didapati di mana-mana sahaja hasil kegiatan import eksport.
Malah, buah delima juga turut ditanam di Malaysia.
Buah ini bersaiz sederhana dan mempunyai biji-biji kecil di dalamnya. Kulit buah delima berwarna oren kuning kemerahan. Manakala isinya berwarna merah. Itulah sebabnya orang dulu membuat perumpamaan, merah bak delima mekar.
Buah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan.
- Mengandungi antioksidan
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah buah beri biru, cranberry serta oren juga tidak boleh lawan buah dilemma dari segi antioksidan kerana polifenol buah delima lebih tinggi.
Fungsi antioksidan adalah untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakkan sel boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, sakit jantung dan Alzheimer.
- Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Disebabkan itu, ia boleh mengurangkan peluang makanan itu terkumpul dan menjadi lemak kemudian membuat metabolisma badan meningkat.
Sesiapa yang mengamalkan buah delima akan sedar bahawa badan mereka akan berasa lebih ringan kerana bahan yang terkandung dalam delima itu akan membersih sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
- Mengelakkan Kanser Prostat
Ini pula khasiat buah delima untuk lelaki. Kanser prostat diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga mendorong kematian sel dalam sel-sel kanser.
Dapatan kajian dapat membuktikan bahawa jus buah delima membantu lelaki mengurangkan risiko kanser prostat, iaitu dengan menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko kematian.
- Khasiat Buah Delima Untuk Bayi – Vitamin C Super
Anak anda selalu demam? Jika ya, selalulah beri buah delima. Tetapi jangan beri dalam bentuk bijian tetapi dalam bentuk yang lebih selamat. Contohnya seperti dalam bentuk jus.
Hal ini keranan buah delima sangat kaya dengan vitamain C yang mempunayi kekuatan rintanagn menghadapi penyakit dan seterusnya meningkat imun sistem badan. Kekerapan pengambilan buah delima mampu mereka kurang demam atau batuk.
- Merawat Kanser Payudara
Jus buah dilemma dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Buah dilemma juga dapat mencegah pembentukan sel kannser payudara. Estrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
Kesimpulannya, Buah delima ternyata banyak kebaikan untuk kesihatan. Malah ia juga baik untuk kecantikan kerana boleh awet muda. Namun begitu, bagi pesakit yang ingin mengamalkan pemakanan buah delima dalam diet harian, anda seharusnya berbincang dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Ini kerana, buah delima boleh mengganggu kesan ubat yang anda amalkan.