Gerenti si dia tidak cari lain!
Dalam hubungan tak pernah tiada cabaran, selama mana pun mereka kekal pasti banyak onak duri yang pernah mereka lalui tapi perasaan sayang yang kuat membuatkan mereka kekal sehingga sekarang.
Apa yang kamu boleh lakukan untuk kekal dalam perhubungan? Cuba amalkan tips di bawah.
- Berani Meneroka Perkara Baru Bersama
Dalam perhubungan, menukar sesuatu menjadi serasi dan selesa sangat mudah tetapi yang menakutkan dalam perhubungan adalah kamu tidak mahu mencuba sesuatu yang baru.
Lalu dek kerana perasaan yang di rasai membuatkan kamu tidak mahu meneroka dan bereksperimentasi bersama si dia.
Kamu harus saling memberi dan menerima bersama si dia dan cuba meneroka sesuatu yang baru untuk mengekalkan kehangatan perhubungan antara kamu dan si dia.
- Jadi Diri Sendiri
Kadang kala apabila perasaan kamu terlalu mendalam dalam perhubungan, ia membuatkan kamu hilang akan diri kamu yang sebenar.
Meski kamu berubah kerana mengikuti apa yang si dia mahukan, tetapi lama kelamaan si lelaki mula sedar bahawa itu bukan sesuatu yang dia mahukan.
Oleh itu, dalam perhubungan kamu perlu jadi diri kamu sendiri dan tawan hati si dia dengan diri kamu yang sebenar.
- Jangan Terlalu Mengawal
Rasanya dalam mana-mana petua cinta dan perhubungan, ayat nasihat seperti “jangan terlalu mengawal” sering kali di ulang-ulang. Kadang kala kamu tidak sedar apa yang kamu lakukan sebenarnya mengawal tindak tanduk si dia.
Sikap terlalu mengawal akan menghancurkan hubungan kamu dan si dia. Buang semua tabiat seperti membebal tidak tentu pasal, mengadu, mengkritik, mengugut, menghukum dan seumpamanya terhadap si dia.
- Tunjukan Betapa Kamu Sangat Menghargai Si Dia
Mungkin kamu dan si dia telah terlalu lama dalam hubungan membuatkan kamu berasa tidak perlu lagi terlalu mengambil berat terhadap si dia. Perasaan sebegitu tidak sepatutnya timbul, jika kamu benar-benar menyayangi si dia.
Selama mana pun hubungan kamu dan si dia, sentiasa tunjukan yang kamu sangat menghargai dirinya dan mengambil berat tentang si dia.
Dengan menunjukan betapa kamu sangat menghargai si dia, mereka akan berasa di sayangi dan hubungan kamu juga akan kekal positif.
- Jaga Emosi
Emosi dan wanita berpisah tiada, itulah yang sering di gambarkan untuk wanita dan ianya lebih sinonim dalam perhubungan. Kerana apa, kerana wanita akan lebih berkomunikasi menerusi emosi apabila dalam perhubungan.
Salurkan emosi dengan betul serta jaga emosi kamu agar tidak keterlaluan. Apa yang si dia mahukan adalah, kamu dapat berkomunikasi dengannya secara baik.
- Utamakan Hubungan Kamu Dan Si Dia
Apabila kamu telah berkahwin, kebanyakan tumpuan kamu di bahagi-bahagi kepada anak-anak, ibu bapa, kerja dan sebagainya. Tetapi walau macam mana sibuknya diri kamu, kamu tetap harus mengutamakan si dia.
Jangan biarkan si dia berasa tersisih, berikan tumpuan penuh kepada si dia akan membuatkan hubungan kamu dan dia kekal bahagia. Meski telah bertahun-tahun berkahwin!